Saturday, August 16, 2025

Hidup

Hidup hampir berada di landasan yang selari. 
Walaupun ada saja bengkang bengkok nya. 
Syukur hanya Allah saja tahu. 
Namun, jauh di sudut seketul hati itu. 
Masih ada lagi ketakutan mahupun kegerunan. 
Ntah kenapa. 
Takut ingin menyambut nya girang. 
Walau hanya sesaat. 
Takut akan ter-alpa kendiri. 
Bukan bongkak mahupun sombong. 
Cuma takut. 

Wednesday, July 23, 2025

Bernama Hati

Ada satu cerita tentang segumpal daging. 
Bernama hati. 
Ianya terlalu mudah tercedera dan mudah terlembut. 
Tidak ada istilah kesederhanaan. 
Sama seperti hati yang lain (mungkin) .
Punya titik titik hitam yang merata tempatnya. 
Tanpa sedar, otak bingung akan rasa itu. 
Kerna tahu, akan dosa yang bakal dihukum. 
Lalu tercedera dengan perasaan yang penuh serba salah. 
Sama juga seperti hati yang lain (mungkin). 
Dimana, mudah dilunturkan lalu cair. 
Akan adanya cerita dari si pengadu domba. 
Sudahnya habis terlembut segumpal daging tadi. 
Cerita habis berbalik pula pada si hati itu.. 
Penat. 

Sunday, July 6, 2025

Kedua

Tanpa perlu paksa. 
Tanpa perlu disuruh. 
SiKitul yang dipanggil selama ini, 
Membuat hati ini tenang dan sebak. 
Betul orang kata, 
Lain anak lain pael nya. 
Tampak kecil dari umurnya, 
Kederatnya juga tidak kuat sama serahimnya. 
Tapi miliki hati dan mulut yang sungguh tulus. 
Kadang, kata tanpa fikir perasaan orang. 
Namun, apa di katanya ada benar.. 
Punyai hati yang tulus ingin menolong, 
Tapi kadang lolos tidak punyai tuah.. 
Terpaling pandai menjaga adinda kesayangan, 
Dan sentiasa mengidolakan kakandanya tanpa sedar. 
Kendiri sungguh bertuah, 
Punyai puteri bertubuh kecil namun hati yang besar. 
Hanya diri teguh yakin dengan pendiriannya.
Moga anakanda terusan istiqomah sampai kesyurga. 
Hari-hari, hari ini terutamanya.. 
Sungguh sebak dengan kesungguhan dan keberanian dia. 
Segalanya hasil usahanya sendiri.. Hanya dirinya.. 
I feel so small..SubhanAllah..
Mama bangga dengan Cinta.. 

Friday, May 30, 2025

Keliru, Pening

Hidup. 
Kadang rasa panjang masanya. 
Kadang rasa cepat masanya. 
Sama juga dengan emosi. 
Mudah betul melantun dan mudah juga bersalah. 
Penat dengan emosi sendiri. 
Hati badan letih menjaga hati. 
Tapi kepala bertekik kuat ingin memaki. 
Betul lah. Susah nak jadi baik. 
Harap hati tidak hitam akan emosi sendiri. 
Keliru, adakah hati atau kepala yang sedang bergelut? 
Moga dihilang segala busuk dan hitam dalam hati dan kepala. 
Pening. 

Friday, May 23, 2025

Tenanglah, siribut jiwa.

Tenanglah, wahai Si ribut Jiwa. 
Urusan dunia, tidak ada hujungnya. 
Jangan kanyuh terlalu laju. 
Pada siapa mahu dibuktikan? 
Tidak perlu.. 
Wahai si ribut Jiwa... 
Ujian dunia untuk akhirat kelak. 
Kanyuh pelan-pelan, nafas sedalamnya. 
Tiada siapa mampu untuk menjadi sempurna. 
Cukup tetap jiwa untuk terus cuba jadi orang baik. 
Allah suka. 
Pasti ada jalan.
Sabarlah, wahai Si ribut Jiwa. 

Monday, April 7, 2025

Raya 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Seperti tahun tahun sebelum ini.
Tidak akan lengkap kami beraya.
Pasti akan ada yang tiada. 
Sedih, pilu sentiasa terasa dihati.
Tapi lebih memilih untuk bersyukur dahulu.
Harap, akan ada 1 tahun lengkap kami ber-17.
Berangan percuma kan? 
.
Umur semakin mencanak naik.
Lebih terbuka mata dimana, 
Masing-masing mempunyai hati yang perlu di utamakan.
Ada yang lebih perlu dicaknakan. 
Tapi bukan hati sendiri. 
Raya yang singkat sekali rasanya. 
Letih di atas jalan lamanya saja. 
Hasrat untuk menziarah utamanya selesai. 
Syukur Alhamdullillah untuk tahun ini. 
.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Ampun maaf zahir dan batin. 

Tuesday, February 4, 2025

Powered by sheer will to stay alive

Powered by sheer will to stay alive.
Itu lah yang dilakukan.
Pejam celik, sudah satu tahun berlalu.
Tanpa sedar,
Segala kecutan perut, laju detaknya jantung, lencunnya segala telapak. 
Berjaya di hadap selama 1 tahun ini. 
Syukur...
.
Namun, hebatnya kuasa mereka.
Makin nipis dicantas segala keyakinan diri.
Habis dikikis segala upaya diri.
Tanpa hati dan perut.
Berjaya mereka kuncupkan kembali ape yang telah dimekarkan selama ini.
.
Tapi, boleh dihadap 1 tahun lalu,
Pasti boleh teruskan lagi untuk tahun tahun seterusnya.
Insha'Allah. Ada kuasa Maha Hebat.
Pasti yang baik dan tenang akan datang kelak. 

Thursday, January 2, 2025

Try to love myself more

.
2024.
Another tough year for me.
Another happy year too.
.
Khuatir akan susahkan orang lain.
Lebih pilih untuk sendiri. 
Untuk cuba lebih mendamai dengan diri sendiri.
Sungguh takut akan tempias pada malaikat kecil ini. 
Kata mereka, cuba 'heal' kan diri sendiri. 
Sumpah cuba cari jalan setiap masa. 
Hinggakan bingit dikepala tiap kali mahu tidur.
.
2025.. Selamat ketemu.. 😉
.
#TryToSelfLoveMore

Wednesday, January 1, 2025

Bye 2024, Welcome 2025

Selamat tinggal 2024.
Alhamdullilah atas segala memori yang diberi..
Selamat datang 2025.
Moga diberi ketenangan yang digali selama ini.
.

Friday, November 29, 2024

Tiga Puluh Empat

Tepat jam dua belas malam.
Dua puluh sembilan haribulan sebelas.
Tahun dua ribu dua puluh empat.
Genap tiga puluh empat tahun.
IzinNYA, masih bernafas dengan percuma.
Hairan, punyai perasaan agak teruja tahun ini.
.
Masih berperibadian yang sama.
Cuma, mungkin lebih cuba berdamai dengan diri sendiri.
Cuba untuk lebih mendiamkan dari meluahkan.
Kerna, makin meluahkan makin berbalik kepada sendiri.
.
Tidak akan ada seorang pun akan cakna diri.
Mahu sedarah atau pun tidak.
Dunia makin senak hingga mujtamak makin penting diri.
Belajar lah hadap seorang diri kerna, yang kisah adanya tidak.  
.
Dengan rendah diri dan seikhlas hati.
Kepada kalian yang mengenali diri.
Minta ampun maaf atas kekhilafan diri yang dulu, kini mahupun masa akan datang.
Sesungguhnya, percayalah ianya zaman jahil lepas yang tidak ingin diingati apetah lagi dibanggakan.
Sungguh, maaf.
.
.
Jangan pernah berhenti cuba menjadi baik. Allah suka.
.
#29112024


Saturday, November 9, 2024

Memoir..

Bilamana, manusia sering ungkit akan buruk kau.
Sehinggakan kau sendiri tidak ingat langsung akan ada baik sepanjang hidup kau.
Tapi, kau ada satu dua memori yang cukup buat kau tersenyum.
Tatap lah memori itu jangan kau lupa..
.
.
Atau, mungkin benar kata mereka, akan dulu kau cukup menyusahkan.
Bagi mereka, tidak ada secalit memori baik pada kau.
Sehingga kau rasa tak layak untuk bahagia.
Sabarlah wahai hati, pasti ada sebab yang tidak mereka tahu namun Allah tahu.

.
Sedarah mahupun tidak,  janganlah kau putus cuba menjadi baik sampai mati..
Allah suka..
.
.

Hidup

Hidup hampir berada di landasan yang selari.  Walaupun ada saja bengkang bengkok nya.  Syukur hanya Allah saja tahu.  Namun, jauh di sudut s...