Tuesday, November 15, 2022

Jantung vs Otak

Ada seketul jantung,
Yang sentiasa senak untuk berdegup.
Ada segumpal otak,
Yang sentiasa berlegar untuk berfikir.
Akal otak sibuk kesana kemari,
Fikirkan akan arah kemana lepas ini.
Hinggakan si jantung tidak terkejar untuk berdegup selari sama.
.
Sama seperti si hati.
Lelah akan hanya kendiri ingin langkah kedepan.
Lumrah si jasad sentiasa inginkan berteman.
Jika tidak,
Apa gunanya ikatan yang sudah tersimpul mati.?


Monday, September 5, 2022

CUBA

Cuba untuk tidak risau akan masa depan.

Guna segala demi sang pengalir darah keturunan.

Moga masa depan kekal teguh untuk dihadap.

Sunday, August 28, 2022

DIAM

Di situasi

Dimana tidak ingin ketemu.

Mahupun.

Bersuara dengan kendiri

Apetah lagi dengan mujtamak.

.

Diam.


Wednesday, August 10, 2022

Figura

Figura seorang Nakhoda.
Pelayar kapal yang pastinya handal.
Mampu mengawal arus mahupun olak laut berpusing.
Sentiasa berilmu akan peta, kompas dan bintang dilangit.
Tetap kukuh setia memegang kemudi kapal.
Jauh sekali ingin mengejut anak kapal dikala dilanda ribut.
Ingin sentiasa menjadi perlindung para anak kapal yang ada.
Bukan hanya mengambil kesempatan atas pangkat yang dikuasai.
Sedar akan tanggungjawab yang pasti ditanya kelak.
.
Pasti. Bukan saja figura seorang Nakhoda.
Figura kesemua ketua yang ada.. 
Khalifah, Kapten, Pemimpin mahupun Ketua Keluarga.
Akan sentiasa berat pikul segala diatas bahu.
Malu akan kelalaian kendiri.
.
Sedarlah..

Thursday, July 14, 2022

Suéh

 Suéh...

Tahu jasad dan roh pasti ke Neraka Jahanam.

Harum bau Syurga hanya angan-angan.

Apetah lagi untuk menjadi penghuni nya.

Allahu.

Didunia pula, hanya sering disakiti dan ditindas.

Hanya perasaan sedih dan sakit dirasai.

Betapa Suéh nya jasad ini.

Mahu dunia atau pun alam barzakh.

Tidak layak sama sekali berada.

Ampunkan akan kelemahan jiwa ini. 

Sunday, June 26, 2022

Adik 2.0

Asalnya..
Hanya dari gumpalan daging kecil.
Ditiup roh dikala pasti akan tercipta.
27061994, Terlahir juga Srikandi Wanita yang teguh berdiri kendiri.

Duapuluhlapan tahun di atas bumi penuh kejaman.
Tahu, akan lelah dan sakitnya demi memiliki Sang Sabar.
Namun, percaya, yakin dan tawakal akan janjiNYA.. iaitu..

"Indeed, ALLAH is with the patient" - Al-Anfal 8:46

Selamat Hari Kejadian yg ke-28 dik..
Live life to the fullest.
We love you..

Wednesday, June 8, 2022

Mulut

Dari kecil.
Sudah diasah untuk lebih kuncikan mulut agar orang lain tidak terguris.
Hanya berkata bila perlu jika tidak berkepentingan.
Namun, terlalu banyak mulut tidak berkunci.
Tanpa berakal, habis segala duri dicucuknya.
Sengaja atau tidak, hati sudah dicucuk duri yang pasti sukar untuk dibuang. 
Maaf? Hanya dendam yang terpahat. 
Dibiar merangkak dimasyar kelak.

Tuesday, May 10, 2022

Kata-kata

Hanya jika aku tahu dan sedar akan silapan dahulu.
Hanya jika engkau pula tahu mana silapnya punca silapan itu.
Pasti ini semua tidak jadi. Adakah itu maksud kau?
.
Kata-kata tajam yang engkau lempar kan.
Di saat luahan hati ini pada kau. 
"Tengok kau dulu macam mana la.."
Ya, aku tidak pernah baik dan betul dimata semua.
Hanya busuk bangkai yang engkau ingati.
.
Sumpah, aku teramat berkecil hati.
Jika benar tiada maaf dari NYA sekali pun, DIA tidak sekejam membalas ke atas benih kecil atas silapan aku dahulu. 
Kau sungguh kejam.!
.
Moga engkau tidak merasa apa yang aku rasakan dengan kata-kata tajam kau.
Kerna, ianya sungguh sungguh sakit.

Sunday, April 24, 2022

LOST AGAIN

Angin baran datang makin kerap meribut

Terbukti bukan hanya hasutan syaitan

Leih menakutkan, ianya dari diri sendiri.

Sabar tinggal hanya kecil kuman.

Habis segala rebut petir keluar.

Nauzubillah.

.

Help…

Wednesday, April 13, 2022

38 TAHUN

 Alhamdulillah. Panjangkan umur mereka.

.

Sangkakan makin lama makin saling takut kehilangan.

Namun, makin lama, makin besar duri yang perlu ditebas.

.

Makin busuk bau yang ada di dalam perhubungan itu.

JIJIK.!

Wednesday, March 16, 2022

TAHUN KE…

 Tahun ke tujuh bergelar Mama

Tahun ke tiga puluh dua bergelar Anak.

Terlalu banyak sesalan Ketika hanya bergelar anak.

Moga kendiri mampu menebus segala sesalan.

Dan.

Mampu menjadi sebab atas sebuah senyuman.


Friday, March 4, 2022

HADAP & TELAN

 Tak ada yang senang

Wahai sang hati

Maafkan diri, terukan hadap dan telan

Wednesday, January 12, 2022

CITA CITA

Cita cita..

Adakah salah untuk melepaskan sesuatu cita cita

Demi ketenangan kendiri?

Atau.

Kendiri terlalu kecut untuk menyahut cabaran demi cita cita?

Bila..

Bila baru sedar. Bahawasanya, sekujur badan tidak pernah dijadikan utama. Kecai sekecai kecainya. Dimana permintaan kecil, menjadi beban bes...