Tuesday, December 22, 2020

Hilang

Mengeluh tidak pernah kudengar..

Merungut juga tidak pernah wujud..

Mengherdik apetah lagi...

Hanya tulang yang sentiasa ringan melayan..

Mulut yang sangat jarang terkunci..

Namun,

Sepi.. Senyap.. Hilang.. Tiba tiba...

Habis kulit bumi digali dimana akan cacat celanya..

Tidak pernah jumpa.

Hanya maaf melaluiNYA saja yg mampu .

Wednesday, December 16, 2020

Cukuplah

Cukuplah tatang hati orang..

Hati sendiri pula caknakan...

Buang emosi yang jatuhkan diri sendiri..

Hargai diri yang sudah cukup indah ciptaanNYA .

Satu, dua & tiga

Satu..Dua..Tiga..

Ianya dari benih yang sama..

Tapi semua ada uniknya..

Satu paling mengambil berat..

Satu periang tak terkata..

Satu manja dan mentah..

Sayang..

Itu semua dulu..

Hati memberontak ingin tahu punca..

Hati memberontak inginkan yang dulu..

Tapi, selalu lupa...

Itu semua dulu..

Wednesday, December 9, 2020

Tanpa sedar

Tanpa sedar..

Kerana,

Terlalu mengambil berat..

Terlalu beria mengambil kisah..

Terlalu merisaukan..

Tanpa sedar..

Jadi,

Merimaskan..

Diburuk burukan..

Disisihkan..

Tanpa sedar...

Disangkakan itu, sikap yang baik..

Rupanya,ianya tidak disukai..

Kecai..

Murung

Kenapa moody.?

Soalan yang sering jadi tanda tanya.

Bukan hanya pada Penyoal.

Pada juga Disoal.

Semalam kelmarin bahagia.

Tapi hari ini tanpa sedar.

Tanpa sedar ia datang.

Tanpa sedar ia jadi.

Percayalah, penat dan berat pada si Disoal.

Hati dan otak berselirat.

Bertopeng

Dulu tak faham.. Sekarang faham..

Dulu tak rasa.. Sekarang rasa..

Dulu tak peduli.. Sekarang peduli..

.

Umur makin berangka..

Tidak ada pilihan selain harta pasti keutamaan didunia..

Penat..

Ditindas dengan pelbagai beban yang tersangkut dibahu..

Bertambah penat..

Akan tindasan oleh manusia yang bertopeng..

.

Eh lupaaa mmg kene ber'mask' sekarang..

Bila..

Bila baru sedar. Bahawasanya, sekujur badan tidak pernah dijadikan utama. Kecai sekecai kecainya. Dimana permintaan kecil, menjadi beban bes...