Friday, December 1, 2023

33

Tiga puluh tiga tahun.

Syukur atas layananNYA selama ini.

Tiga pulu tiga tahun.

Tiada lagi mencakar korek cari akan cita-cita. 

Hanya ingin lapang dada dan berserah segala padaNYA.

Hanya ingin setia pada yang sedia ada. 

Tidak lagi ingin kejar untuk mujtamak menghormati kendiri. 

Yang tak pernah rasa dihormati.

Tidak lagi ingin menyalahkan kendiri atas sebuah kejadian. 

Hati sering berteriak untuk perhatian darah daging. 

Ingin dihargai, ingin dihormati dan ingin membanggakan. 


Friday, November 17, 2023

Memoir

 Memoir.

Yang tidak akan pernah dapat dilupa.

Impikan pengalir darah yang penuh dengan kasih sayang.

Indah semuanya. 

Moga ALLAH SWT tetap teguh jaga akan pertalian darah ini.

Cakna segala memoir yang ada.

Kerna, 

Hati pasti sepi tanpa mereka..


Friday, November 10, 2023

Sang Bintang

Sang bintang si peneman tiap kali waktu fajar.
Tiap saat menyisir langsir di jendela.
Pasti kelihatan si bintang cantik berkilau. 
Tanpa suara mahupun dekat.
Kendiri sentiasa rasa akan kehadiran nya.
Seakan memahami ianya punca sebuah senyuman.
Lupa sebentar harapan pada makhluk.
Cukup hanya IA.
Alhamdulillah. 

Wednesday, September 27, 2023

Dari dulu

Figura yang dianggap sobat. 
Rupanya tidak pada deme.
Hanya se-jari kerap menunding ke arah lain.
Hingga lupa lagi empat-jari senang menunding pada kendiri.
Betapa bodohnya diri ini.
Roh cakna sangat setia dengan jasad tebal ini. 
Lalu, habis dipadan mukakan oleh deme.
Yang tidak se cubit pun punya ikhlas dihati. 
Haram J.

Thursday, August 24, 2023

Sekali lagi

Sekali lagi.
Gumpalan darah kendiri yang masih diabaikan.
Yang di timang-timangkan hak orang lain.
Kendiri yang sentiasa beratkan akan nama sebuah nyapang.
Namun, sekali lagi, seperti biasa.
Hanya sebelah tangan ini saja sibuk mencari pasangnya untuk ditepuk.
Akhirnya tersungkur kecai kerna tiada tulus dalam gumpalan darah mereka terhadap pertalian ini.
.
Sedih Kecewa Remuk...
Bagaimana cara untuk buang akan rasa cakna ini.
.
...
...
.
Gumpalan Darah - Hati
Nyapang - sahabat; teman: persahabatan
Cakna - ambil peduli

Wednesday, June 21, 2023

Atma

Hidup kalau hanya tahu berkiblatkan ego dan nafsu,
Habis jelik busuk dunia diconteng,
Akan.
Akal dan atma yang disekat hanya cakna ajaran mana yang mahu,
Sahaja buta dan pekak kan kendiri akan mana tidak mahu,
Punca segala hati dan jiwa yang terkecai,
Dan bangkit akan roh yang jauh lebih kental dan kukuh.
.
Kasihan. 
Rugi akan mujtamak yang hilang atma dalam diri.

Wednesday, May 17, 2023

Carik Robek Bogel

Kelakar bilamana
Cuba untuk persetankan sesuatu itu
Namun, jauh disudut hati
Terlalu jahanam jika perlakuan sama itu
Sedangkan darah daging carik robek bogel segala
Apetah lagi yang tidak berdarah daging.
Atau
Kendiri hanya...
Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Thursday, March 16, 2023

Seorangan

Kerap dibiarkan seorangan.
Hingga cukup selesa. Namun pedih.
Semua ini terjadi bilamana dibuang,
Tanpa bertanya apetah lagi mengambil berat.
Jangan ditanya mana silapnya,
Tika mana hati sudah keras seperti batu.
Keras atas terlalu kerap dikecewakan olehnya.

Wednesday, February 22, 2023

Kembali 0

Tika kerap menyendiri.
Makin selesa dengan sunyi yang berdesing.
Bertopeng bila tidak. 
Namun, makin kuat suara lain membisik.
"Aku suka keadaan ini", 
"Semua orang lari dari aku kenapa?"
Kerap bertukar akan suara itu.
Adakah kendiri yang sudah terlalu selesa. 
Atau..
Memang orang orang itu cuba malarikan diri.

Monday, January 23, 2023

Ke-23 pada 2023

Hari ke-23 pada tahun 2023.
Hati bentak inginkan sesuatu.
33, masih mencari akan sesuatu itu.
Adakah terlalu bermacam macam.
Ataupun sememangnya kosong. 
Jasad letih kesana kesini kesitu kemari.
Namun, jiwa dan ruh jauh sejuta ratus lebih letihnya.
Moga akan kekal letih namun terus kuat untuk hari hari bakal datang. 
.
Hari ke-24 pada tahun 2022
Permaisuri hati menconteng corak indah hidup.
Moga hanya tenang sentiasa menyelimutinya. 
.

2023, Salam perkenalan

2022
Berlalu deras rasanya.
Tanpa sedar, masih mempunyai cita cita diawangan.
Syukur dengan segala racun madu berjaya tempuh.
Bangga akan kendiri.
Namun, 
Masa depan sentiasa digeruni lekat seperti bayang sendiri.
Moga 2023 masih berdiri kukuh untuk dihadap.
2023. 
Salam perkenalan.

Bila..

Bila baru sedar. Bahawasanya, sekujur badan tidak pernah dijadikan utama. Kecai sekecai kecainya. Dimana permintaan kecil, menjadi beban bes...