Friday, December 20, 2019

Jangan

Rapuh.Sentap.

Jangan sekali cuba.

Jangan sekali merasa.

Sekali rasa, selamanya luka.

Friday, November 22, 2019

Mereka

Mereka..

Mereka tak akan percaya akan segala usaha yang telah dilakukan.

Mereka tak akan percaya akan kata kata walhal hanya kebenaran yang dikatakan.

Mereka tak akan percaya perkara yang mereka tidak mahu percaya.

.

Easy jadi kanak kanak..

Bahagia. Happy.

Moga hanya pelangi selepas hujan saja yang anak anak nampak dan rasa.

Hujan hanya untuk Mama.

Friday, October 4, 2019

Adik Baru

Wahai Adik Lelaki Baru..

Janji pada kami, Kamu akan sentiasa mencintai dan menyayangi Adik kami..

Walau buruk mana rupanya nanti ..

.

Janji pada kami, Kamu akan sentiasa memimpin dan membimbing Adik kami..

alau buruk mana kelakuannya nanti..

.

Janji pada kami, kamu akan sentiasa sabar dan bersama Adik kami..
Akan dugaan yang akan datang..

.

Janji pada kami, Kamu akan sentiasa memikul tanggungjawab dan mengangkat martabat Adik kami sebagai seorang Isteri yg mulia..

.

Janji pada kami, kamu akan sentiasa bersama kami..

Welcome to our family..

Sunday, September 29, 2019

Kadang

Kadang. Keliru.

Keliru akan minda yang terlalu memikir?

Atau.

Keliru akan minda yang terlalu negatif?

Atau.

Keliru akan naluri seorang wanita..?

Yang mana satu?

Hati tak tenang. Sentiasa risau..

Friday, August 16, 2019

Adik

Adik.

Indah nikmat Allah pabila jadi seorang hambaNya.

Indah nikmat Allah bila jadi seorang anak.

Indah juga nikmat Allah menjadi seorang adik.

Begitu juga Indah nikmat Allah sebagai seorang Isteri.

.

Pahala mudah dikutip.

Pahala mudah diberi.

Cukup hanya sebuah senyuman.

Begitu juga dengan Sabar...

Sabar juga akan diberi ganjaran pahala yg tidak ternilai..

.

Jadi, senyum dan sabar.

Tuesday, August 6, 2019

Mudah

Mudah.

Mudah sungguh makhluk Allah yang bernama Kanak-Kanak.

Mudah sungguh mereka terhibur.

Mudah sungguh mereka minta maaf, memaafkan dan berterima kasih.

Mudah sungguh mereka mengikut.

Mudah sungguh mereka mengucap kata sayang.

Cukup mudah menghiburkan hati. .

Alangkah indahnya jika kita pun begitu.

Thursday, July 18, 2019

Lillahi ta'ala

lillahi ta'ala..

Aku tak pernah minta akan kebendaan yg luar dari kemampuan..

lillahi ta'ala..

Aku tak kan pernah minta kekayaan hanya sederhana yg aku impikan.

lillahi ta'ala..

Aku tak pernah minta kesempurnaan ats dunia.. .

Hanya jujur dan ikhlas yang aku agongkan..

Monday, January 7, 2019

Anak

Anak anak.

Menguji tiap kali tantrum.

Menguji tiap kali air dan makanan tumpah.

Menguji bila tangan kotor habis sapu muka.

Menguji bila nak dukung sesaja.

Menguji bila jalan tanak pakai kasut.

Menguji tiap kali deme bergusti.

Menguji bila deme ja tidur melintang.

Menguji bila mata bersinar bila nak something with the 'pls' word.

Menguji bila tanak Mama buat susu sebab Mama buat tak sedap katenye.

Menguji bila bibir pecah tiap kali nak tidur kan deme.

Paling menguji, seharian layan karenah deme, last2 malam tanak tidur dengan Mama.

Aduh. Sedih betul.

Bila..

Bila baru sedar. Bahawasanya, sekujur badan tidak pernah dijadikan utama. Kecai sekecai kecainya. Dimana permintaan kecil, menjadi beban bes...