Friday, November 29, 2024

Tiga Puluh Empat

Tepat jam dua belas malam.
Dua puluh sembilan haribulan sebelas.
Tahun dua ribu dua puluh empat.
Genap tiga puluh empat tahun.
IzinNYA, masih bernafas dengan percuma.
Hairan, punyai perasaan agak teruja tahun ini.
.
Masih berperibadian yang sama.
Cuma, mungkin lebih cuba berdamai dengan diri sendiri.
Cuba untuk lebih mendiamkan dari meluahkan.
Kerna, makin meluahkan makin berbalik kepada sendiri.
.
Tidak akan ada seorang pun akan cakna diri.
Mahu sedarah atau pun tidak.
Dunia makin senak hingga mujtamak makin penting diri.
Belajar lah hadap seorang diri kerna, yang kisah adanya tidak.  
.
Dengan rendah diri dan seikhlas hati.
Kepada kalian yang mengenali diri.
Minta ampun maaf atas kekhilafan diri yang dulu, kini mahupun masa akan datang.
Sesungguhnya, percayalah ianya zaman jahil lepas yang tidak ingin diingati apetah lagi dibanggakan.
Sungguh, maaf.
.
.
Jangan pernah berhenti cuba menjadi baik. Allah suka.
.
#29112024


Saturday, November 9, 2024

Memoir..

Bilamana, manusia sering ungkit akan buruk kau.
Sehinggakan kau sendiri tidak ingat langsung akan ada baik sepanjang hidup kau.
Tapi, kau ada satu dua memori yang cukup buat kau tersenyum.
Tatap lah memori itu jangan kau lupa..
.
.
Atau, mungkin benar kata mereka, akan dulu kau cukup menyusahkan.
Bagi mereka, tidak ada secalit memori baik pada kau.
Sehingga kau rasa tak layak untuk bahagia.
Sabarlah wahai hati, pasti ada sebab yang tidak mereka tahu namun Allah tahu.

.
Sedarah mahupun tidak,  janganlah kau putus cuba menjadi baik sampai mati..
Allah suka..
.
.

Tuesday, September 3, 2024

Sekujur Badan

Sekujur badan berselimutkan toto yang empuk.
Bertilamkan katil yang bulanan bayarannya.
Berpandangan siling akan kipas berbelah tiga kecil.
Sungguh selesa sibadan..
.
Kadang rasa hairan, kadang rasa biasa.
Akan rasa selesa melekat dikamar.
Akan perasaan tiada lagi ingin nikmati dunia.
Akan rasa hilang keseronokan yang ingin diteroka.
.
Namun, sibadan tahu, penting diri tidak akan.
Hadapkan saja akan ajakan mahupun paksaan. 
Cuma, hargailah kesungguhannya dan,
Janganlah lontarkan racun apa-apa tapi manisan.
Sesungguhnya sibadan pun tidak ada penjelasan. 

Thursday, August 8, 2024

Bahagia orang

Siapa sangka, 
Cerita bahagia orang,
Bisa buat hati senang dan tersenyum luas.
Cerita bahagia orang,
Bisa tempias lembap seperti bahagia kendiri.
Lalu lupa hari yang sedang mendung gelap,
Begini rupanya rasa tumpang bahagia orang.
.
Wahai si bunga Daisy,
Sudah cukup dengan diri kamu,
Tidak perlu lagi tadah pada yang lain,
Hanya tadah pada si DIA.
Si bunga Daisy,
Satu langkah baru yang pasti terus berlari,
Sentiasalah percaya pada kendiri yang pelbagai,
Kerna si Daisy punya warna warni yang luar biasa.

Thursday, June 20, 2024

Termenung

.
Bangun pagi.
Termenung jauh atas katil.
Tidak ingin ke hadap mahupun jaga.
Debaran dada, kemutan perut datang lagi.
Muntah. Sakit perut. Menangis.
Atas kelangsungan hidup.
Terus kan hadap.
Termenung kembali sambil memandu.
Tanpa sedar, sudah di meja.
Syukur sampai dengan selamat.
Hadap hadap hadap.
Lambat benar jam bergerak.
.
Tepat jam enam.
Kembali atas tanggungjawab sebagai isteri dan mak pula.
Termenung sambil dibiar bulan menonton diri.
Letih, mengantuk lalu siap siap untuk beradu.
Tapi..
Debaran dada, kemutan perut mulai kembali. 
Mahu tidur macam mana?
Terusan termenung. 
.
Ulang ulang tiap hari untuk hadap kehidupan sementara.
.
Semak. Penat. Rimas.

Sunday, May 5, 2024

SiDebot 2.0

Hai la SiDebot.
SiDebot yang masih sama.
Malahan semakin dalam dan gelap tempurungnya.
Semakin selesa dengan ketiadaan keliling.
Putus asa akan keinginan peneman sentiasa disisi. 
Punya harapan baru untuk sentiasa beradu lamanya.
.
SiDebot makin suka akan bingitan sunyi sepi.
Berbeza yang dulu sentiasa takut akan kendiri 
Selesa akan jauh dari mujtamak yang penting diri.
Mujtamak yang dari awal dan sentiasa anggap SiDebot tidak pernah penting dan selamanya orang luar. 
.
Tidak, mereka tak pernah salah. SiDebot yang sentiasa salah.
Doakan untuk SiDebot ya kalian.

Sunday, March 31, 2024

Bila..

Bila baru sedar.
Bahawasanya, sekujur badan tidak pernah dijadikan utama.
Kecai sekecai kecainya.
Dimana permintaan kecil, menjadi beban besar untuk nya.
Dan dimana luahan masalah dijadikan hanya alasan dan fikiran berlebihan baginya. 
Sedangkan, jika luahan orang luar terus tiada langsung busuknya. 
Malah, pantas dan laju menjadi sebahagian masalahnya juga. 
Kecai terus kecai.
.
At the end of the f***ing day.
You'll forever alone. Face it Bij. 

Sunday, February 18, 2024

Menerima dan Memberi

Menerima dan memberi.
Menerima akan keadaan kendiri.
Memberi peluang kepada kendiri.
Sungguh susah untuk dua perbuatan ini.
Lebih lagi pada diri sendiri 
.
Hati sentiasa ribut gelora.
Tidak memiliki ketenangan lagi.
Atau sentiasa beralun diantara menerima dan menyalahkan sekujur badan kendiri.
.
Ya, sudah sedar,
Akan kejahilan dulu, kini dan akan datang atas semua ini.
Sumpah! Tidak tahu apa perlu lakukan lagi.
Hanya sujud taubat yang mampu.
Hati sungguh susah. 
.
Tapi percaya lah.
Ini semua susah. 
Figura sendiri pun susah nak hadap.  
Apetah lagi badan dan roh yang tidak berdepan. 
.
Bukan minta untuk bersimpati bersama.
Hanya tutup mulut kalian jika tidak ada sepatah yang baik mampu dikeluarkan. 

Saturday, January 20, 2024

Kata kata

Tanpa sedar. 
Setiap kata dilontarkan.
Sungguh menusuk hingga sesak nafas.
Andai mahu menegur.
Usah lah cara menyingungkan perasaan.
Perasaan, keadaan sukujur badan ketika itu.
Kita tidak tahu situasi nya.
Apetah lagi hati dan mental nya.
Sumpah. Hati sungguh menyesal.
Akan luahan yang telah dimuntahkan.
Sumpah. Akan datang.
Pasti akan dimangga segalanya. 
Kerana, tiada sedarah pun akan memahami.
Melainkan si Maha Mengetahui. 
Allahuakbar.
.
Makin dewasa makin menyakitkan.

Hidup

Hidup hampir berada di landasan yang selari.  Walaupun ada saja bengkang bengkok nya.  Syukur hanya Allah saja tahu.  Namun, jauh di sudut s...