Thursday, June 20, 2024

Termenung

.
Bangun pagi.
Termenung jauh atas katil.
Tidak ingin ke hadap mahupun jaga.
Debaran dada, kemutan perut datang lagi.
Muntah. Sakit perut. Menangis.
Atas kelangsungan hidup.
Terus kan hadap.
Termenung kembali sambil memandu.
Tanpa sedar, sudah di meja.
Syukur sampai dengan selamat.
Hadap hadap hadap.
Lambat benar jam bergerak.
.
Tepat jam enam.
Kembali atas tanggungjawab sebagai isteri dan mak pula.
Termenung sambil dibiar bulan menonton diri.
Letih, mengantuk lalu siap siap untuk beradu.
Tapi..
Debaran dada, kemutan perut mulai kembali. 
Mahu tidur macam mana?
Terusan termenung. 
.
Ulang ulang tiap hari untuk hadap kehidupan sementara.
.
Semak. Penat. Rimas.

Sekujur Badan

Sekujur badan berselimutkan toto yang empuk. Bertilamkan katil yang bulanan bayarannya. Berpandangan siling akan kipas berbelah tiga kecil. ...